spoon

Kuskus Bawang

Category:


Assalamualaikum semua! 
~Pembuka post blog Dapur Dyalna~


Atas permintaan seorang sahabat di Rabat yang sedang mengidam, hari ini, Cik Na akan kongsikan satu resepi kuskus yang agak terkenal di Maghribi. Kuskus yang diberi nama Kuskus Tfaya. Bukan "tufiya" ya sebutannya, "teffaya", tef-fa-ya. Sebut elok-elok tau, maksud tufiya tu wafat, kalau tfaya pula bermaksud bawang manis.

erk.. sedap ke makan bawang manis? sedap... yumm~

Made in Kenitra, 10 June 2012, Iqamah Sofia.

Survey yang dijalankan selama 3 tahun di Maghribi, Cik Na dapati ramai orang kita yang jatuh hati selepas makan kuskus tfaya sebab rasanya macam masakan Melayu. Buat pengetahuan mereka di luar sana, Maghribi atau Morocco memang terkenal dengan kuskus. Ada dua jenis kuskus yang paling feymes, yang pertama, Kuskus Khudhor dan yang kedua, Kuskus Tfaya ini.


ok lah.. mari kita teruskan pula dengan maqadir (bahan-bahan) yang diperlukan untuk tfaya. Ini adalah resepi untuk 4 orang makan. 



  • Tfaya : 2 biji bawang besar putih
  • Tfaya : 1/4 cawan kismis (direndam dalam air selama 1 jam)
  • Tfaya : 2 sudu mentega
  • Tfaya : 2 sudu gula 
  • Tfaya : 1/4 cawan air
  • Tfaya : rempah : 1 sudu kecil garam, secubit lada hitam, 1 sudu kecil serbuk halia, 1 sudu kecil kunyit, 1/2 sudu besar serbuk kayu manis
  • Daging : Ayam 1.5 kilo
  • Daging : 1 bawang besar (potong dadu)
  • Daging : seikat daun ketumbar dan seikat daun parsli
  • Daging : 2 sudu minyak zaitun (boleh ganti dengan minyak biasa
  • Daging : rempah : 1 sudu kecil garam, secubit lada hitam, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1/2 sudu besar serbuk kayu manis, secubit saffron dan 1 batang kayu manis
  • Daging : 1 cawan air
  • Daging : 1 cawan kacang kuda (direndam semalaman) atau 1 tin kecil kacang kuda
  • Kuskus : 250 gram kuskus ( Tria, Dalla saiz متوسط kuskus terbaik sebab saya pernah salah beli kuskus, kalau mintak smida biasa kat pak cik kedai, dia akan bagi smida yang halus. Smida halus tak mengembang dan kurang sedap)
  • Kuskus : 2 sudu besar minyak 
  • Kuskus : 1/2 sudu kecil garam
  • Kuskus : 1 cawan air
  • Hiasan : Badam dan telur rebus




Cara-cara membuat Tfaya:

Kita akan mula memasak bawang manis sebab ianya mengambil waktu yang agak lama untuk dimasak.


  1. Pertama, rendamkan kismis di dalam air panas. Kita akan gunakan kemudian.
  2. Sekarang, kita akan kupas 2 biji bawang besar dan dipoting dadu.Untuk mengelakkan air mata mengalir bab paip bocor, tips untuk mengelakkan mata pedih apabila potong bawang adalah dengan merendam bawang tersebut selepas kulitnya dikupas.
  3. Potong bawang kepada dua dan hiris halus-halus. Untuk memudahkan cara, masukkan terus bawang yang dipotong tadi ke dalam periuk.
  4. Tambah 2 sudu mentega, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk halia, 1sudu kecil serbuk kunyit, secubit lada hitam dan setengah sudu serbuk kayu manis.
  5. Tambah 1/4 cawan air.
  6. Gaulkan semua bahan, tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana selama 45 minit. Jangan besarkan api, takut-takut hangit nanti. Jangan lupa gaulkan bawang selalu. Setelah bawang dah dimasak selama 45 minit atau sudah layu, bolehlah ke langkah seterusnya
  7. Tambahkan kismis yang direndam tadi, 2 sudu gula.
  8. Kacau lagi, dan tutup periuk separuh sahaja dan biarkan bawang dumasak lagi dengan api sederhana sehingga siap dikaramelkan (caramelized) kira-kira 20 minit lagi. Pastikan sentiasa dikacau (ulang suara : takut hangit nanti!).
  9. Bawang dan kismis akan bertukar warna keperang-perangan dan kuahnya akan jadi pekat. 


Cara-cara penyediaan ayam dan kuskus - langkah 1:


Periuk kuskus atau nama sebenarnya "Kaskas" ada dua bahagian : Bahagian bawah khas untuk masak kuah, daging dan sayur. Bahagian atas pula khas untuk kukus Kuskus.  Ajaibnya Kaskas ini adalah cara kuskus dimasak. Kalau nak tahu, wap @ stim yang keluar dari daging dan sayur-sayuran di bahagian bawah kaskas tadi akan masakkan kuskus di bahagian atas tadi. Lebih kurang kukus pau tapi dengan kuah yang sangat sedap. Kalau anda tak punyai Kaskas, jangan risau, cuma ikut arahan yang tertera pada kotak Kuskus yang dibeli di Giant atau Tesco. 


  1. Kita akan mula masak daging sebelum kuskus.
  2. Panaskan 3 sudu minyak zaitun, tumis 1 bawang besar yang telah dipotong dadu, daun parsli dan daun ketumbar, satu batang kecil kayu manis, dan tambah rempah ratus tadi - 1/2 sudu garam, 1/4 lada hitam, 1 sudu serbuk halia, 1/4 sudu serbuk kunyit, secubit saffron.
  3. Kalau anda menggunakan kacang kuda yang masih keras, bolehlah tambah ke dalam periuk sekarang. (Tips : Kalau nak kacang kuda cepat lembut, rebus dahulu dengan air sehingga menggelegak)
  4. Gaulkan semua bahan di atas api yang sederhana, tumis selama 5 minit. 


Ok, sekarang kita akan sediakan kuskus!


  1. Letakkan 250 gram kuskus ke dalam mangkuk besar. 
  2. Tambah secubit garam dan 2 sudu minyak masak. Gaul dengan sebati menggunakan tangan. 
  3. Sekarang tambah 1/2 cawan air sedikit demi sedikit. Jangan masukkan sekali gus, takut nanti terlebih basah kuskus. Gaul lagi.
  4. Biarkan kuskus rehat selama beberapa minit dan letakkan pada bahagian atas kaskas tadi. 

Cek ayam tadi tambahkan satu cawan air kalau perlu, dan terbalikkan ayam supaya dagingnya dimasak sama rata. 
Letakkan bahagian atas kaskas tadi di atas bahagian bawahnya. Tutup dengan penutup kaskas dan bairkan daging serta kuskus masak atas api sederhana sehingga anda nampak wap@stim keluar dari kuskus. Cuba cek dalam lebih kurang 15 minit.

Cara-cara menyediakan ayam dan kuskus - Langkah 2 :

Cuba tengok wap dah mula keluar dari kuskus!


  1. Alihkan kuskus dari periuk kaskas dan letakkan ke dalam mangkuk besar tadi. Tambah 1/2 cawan air, jangan masukkan sekali gus! Tambah sikit demi sikit dan gaul rata (makcik Arab hardcore gaul guna tangan! tapi gunalah sudu atau senduk kalau tak tahan panas) Biarkan selama 5 minit.
  2. Jangan lupa cek ayam tadi, balik-balikkan ayam dan pastikan air cukup supaya tak hangit. 
  3. Kembalikan kuskus tadi ke periuk kaskas. Tutup periuk dan biarkan sehingga wap keluar lagi dari kuskus. Lebih kurang dalam masa 10 minit.
  4. Stim keluar buat kali kedua.
  5. Letak kuskus dalam mangkuk besar dan cuba rasa, kalau kuskus masih keras dan kering, tambah lagi air - gaul dan biarkan dikukus lebih lama. 
  6. Tapi kalau kuskus dah mengembang lembut, bolehlah tambah 1 sudu smen ataupun ghee ataupun mentega dan gaul rata dengan garfu supaya kuskus lebih lembut. Saya gunakan mentega, smen agak kuat baunya.
  7. Kalau anda gunakan kacang kuda yang dalam tin, boleh lah ditambah ke dalam kuah dan biarkan masak selama 5 minit.


Sekarang kita dah boleh hidangkan kuskus!

Letakkan kuskus terlebih dahulu, kemudian letak ayam di atas kuskus tadi, tambahkan kuah dan kacang kuda tapi jangan banyak sangat sebab nanti kita akan hidangkan kuah kuskus dalam mangkuk yang berasingan. Lain orang, lain minat mereka pada kuah. 


Litup atau sembunyikan ayam tadi dengan Tfaya a.k.a bawang manis tadi dan hiaskan dengan telur rebus dan juga kacang badam. (Tip : rendamkan kacang badam dalam air yang sangat panas supaya kulitnya senang dicabut, kemudian goreng atau bakar kalau nak lebih sihat sikit)

Boleh dihidang buat yang tersayang <3 Selamat mencuba.. Practice makes perfect.. 

Bonne appétit! Selamat menjamu selera! Bisahhah~~ :D

Kredit : Cooking with Alia
Terjemah dan diolah : Nurul Husna binti Mohamad Tawpik

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...